Post by German-Malaysian Institute Official

2,824 followers

𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐏𝐞𝐦𝐮𝐤𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐈𝐥𝐦𝐮 𝐒𝐏𝐌 𝐁𝐚𝐭𝐜𝐡 𝐓𝐢𝐭𝐚𝐧𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐒𝐌𝐊 𝐏𝐮𝐭𝐫𝐚𝐣𝐚𝐲𝐚 𝐏𝐫𝐞𝐬𝐢𝐧𝐭 𝟏𝟔(𝟏) 𝐝𝐢 𝐆𝐌𝐈 German-Malaysian Institute (GMI) berbesar hati menerima kunjungan daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 16(1) ke kampus GMI bersempena Program Pemukiman Ilmu SPM Batch Titans 2026, yang melibatkan seramai 262 orang pelajar dan 6 orang guru. Sepanjang program, para peserta telah mengikuti sesi perkongsian mengenai peluang pengajian di GMI yang disampaikan oleh Tuan Haji Ahmad Solihin bin Mohamed Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Urusan GMI. Selain itu, para pelajar turut berpeluang mengunjungi Pusat Teknologi Canggih serta mendengar penerangan ringkas mengenai program yang ditawarkan daripada wakil jabatan yang terlibat. GMI merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada SMK Putrajaya Presint 16(1) atas kesudian memilih GMI sebagai destinasi lawatan sambil belajar. Semoga kunjungan ini dapat memberikan inspirasi, menambah pengetahuan serta membuka ruang kepada para pelajar untuk meneroka peluang pendidikan dan kerjaya dalam bidang kejuruteraan dan teknologi pada masa hadapan. Sehingga bertemu lagi! Ambilan Julai 2026 masih dibuka untuk permohonan. Mohon sekarang: https://lnkd.in/gFEicS5h Hubungi kami untuk maklumat lanjut: 03-8921 9191 | [email protected] #GMI #gmiofficial #STOchampion Solihin Yusoff, Ts. Dr. Muhamad Farid Daud, Ts. Fahrul Halim, MBA, P.Tech (IT), Aini A., Syed Nizam Syed Idris, Tahrin Othman, Hazni Yati Mohd Ghadzi, Salwani Abu Bakar, khairunnisa ismail, Ts. Razali Abu Bakar

Post contentPost contentPost contentPost contentPost contentPost contentPost contentPost contentPost contentPost contentPost contentPost contentPost contentPost contentPost contentPost contentPost contentPost contentPost contentPost content